loading...
Pelakon Atikah Suhaime yang terpalit dengan kontroversi tahun lalu berkata dia ingin melupakan apa yang terjadi dan memulakan hidup baharu.
Ini dapat dilihat melalui imej baharunya yang berambut pendek paras bahu dan juga bentuk badan yang lebih langsing.
“Saya bukan hendak buang bala, jika [saya] berkata demikian orang akan kecam pula,” katanya kepada Kosmo!
“Namun, ini cara terbaik untuk saya melupakan segala yang berlaku pada tahun lalu, sekali gus memulakan kehidupan 2017 sebagai Atikah Suhaime yang baharu.
“Sebagai manusia, saya hanya ingin menikmati kehidupan dan mengecapi kegembiraan dengan penampilan terbaharu," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Atikah mengakui kini mula mengamalkan diet sayur-sayuran dan mengelak sama sekali makanan dari sumber haiwan.
“Saya sayangkan haiwan dan berasakan semua haiwan seperti ayam dan kambing itu terlalu comel untuk dimakan.
“Memang kedengaran agak pelik tetapi itulah antara sebab utama saya beralih ke diet sayuran sahaja," katanya yang telah kehilangan 8 kg sejak mengamalkan diet itu. - CARI
Foto: IG Atikah
loading...
0 Response to "PALING VIRAL TAHUN 2016..GARA-GARA BALA DENGAN KONTROVERSI JIJIK ARTIS INI.. SEKARANG IMEJNYA SUDAH DI TUKAR "
Post a Comment