KEPALA MAYAT DI JADIKAN DINDING PERHIASAN..BILA DI ZOOM 2X RUPA-RUPANYA RUANG ATAS DI BUAT DARI KULIT-KULIT MANUSIA KETIKA PERANG BALKAN 26 TAHUN YG LALU

loading...
Tarikan dunia bawah tanah
Daripada tinggalan rangka enam juta penduduk asal Paris hinggalah ke taman tema yang berada jauh di dalam lombong garam tertua di dunia. Itulah antara tarikan yang tersembunyi di dalam bawah bumi.
MailOnline Travel menyusun lokasi menarik di bawah bumi meliputi dunia ngeri di bawah tanah di Australia sehingga ke neon trampolin dan slaid di Wales.
Catacombs - Paris, PerancisM
Kubur bawah tanah ini memiliki khazanah tinggalan rangka lebih enam juta orang yang dipindahkan ke sini antara tahun 1785 hingga 1860 selepas tanah perkuburan di bandar raya itu penuh.
Anda perlu melihat dengan teliti jika ingin memasuki salah satu pintu kabur di Paris, Perancis. Jika berjaya menjumpainya, ia akan mendedahkan dunia bawah tanah gelap, lembap dan terowong sempit yang mempunyai sejarah menarik.
Di bawah kota cahaya yang dihuni 12 juta penduduk tersimpan tinggalan jutaan rangka manusia.
Kubur bawah tanah Paris adalah rangkaian 321.8 kilometer gua lama, terowong dan kuari. Kebanyakannya dipenuhi tengkorak dan tulang.
Majoriti pelawat melawat kubur bawah tanah ini pada waktu siang, namun dua pelancong berani dibenar bermalam di suite utama mengerikan secara percuma sempena sambutan Halloween.
Pasangan itu menyertai lawatan peribadi ke jalan berselirat yang dipenuhi tulang dan tengkorak pada waktu malam sambil menikmati pengalaman menakutkan diiringi gesekan biola dan pencerita mengenai kisah legenda beberapa kubur bawah tanah sebelum mereka tidur di samping mayat Jean de la Fontaine, Charles Perrault dan Francois Rabelais.
Bounce Below - Llechwedd Slate Mine, utara Wales
Taman trampolin bawah tanah terbesar di dunia terletak di dalam gua yang saiznya dua kali ganda daripada gereja St Paul.
Tiga set trampolin gergasi berada dalam gua batu loh Llechwedd iaitu bekas lombong Victorian di Blaenau Ffestiniog.
Bounce Below boleh dimasuki dengan kereta api dan setiap trampolin berukuran 18.288 meter, justeru ia bukan untuk mereka yang gayat.
Salina Turda - Durgau-Valea Sarata, Romania
Sebuah taman tema bawah tanah tersembunyi di dalam lombong garam tertua di dunia.
Lombong ini digali ketika zaman pertengahan bagi mendapatkan garam perubatan, tetapi hari ini kompleks lombong garam Salina Turda menjadi taman tema yang menempatkan roda ferris, teater, lorong boling, padang golf mini dan tasik bawah tanah yang disediakan bot.
Lombong paling dalam berukuran 120 meter di bawah tanah. Jika buruh sebelum ini berhempas-pulas menggali garam sebelum menariknya ke permukaan, kini orang ramai boleh menikmati keindahan gua itu dengan menaiki tarikan binaan bijak.
Cu Chi Tunnels - Ho Chi Minh, Vietnam
Terowong Cu Chi terletak kira-kira 40 kilometer di luar bandar raya Ho Chi Minh. Ketika Perang Vietnam, gerila Viet Cong bersembunyi di dalam terowong sepanjang 321 kilometer itu dari tentera Amerika Syarikat.
Terowong gelap itu digunakan sebagai kediaman, hospital, laluan bekalan dan stor semasa perang.
Pintu masuk lorong bersaiz badan lelaki. Ia terletak tersembunyi di bawah pelepah kelapa sawit. Pada hari ini, ia dibuka untuk pelancongan selepas tidak lagi digunakan antara tahun 1955 hingga 1975.
Cabinet War Rooms - London
Bekas Perdana Menteri Britain Winston Churchill memberi arahan kepada ahli politiknya dari kubu ini sewaktu Perang Dunia Kedua. Beliau turut makan malam bersama isterinya Clementine dan kawan rapat, Menteri Penerangan, Brendan Bracken di sini.
Walaupun tidak suka berada di situ kerana mahu mengekalkan profil tinggi sebagai pemimpin perang, beliau terpaksa bermalam di kawasan bawah tanah ini apabila penasihat tentera memberitahu terlalu berbahaya untuknya kembali ke kediaman rasmi Perdana Menteri di 10 Downing Street.
Bilik itu hanya satu pertiga daripada keseluruhan 3,000 meter persegi kompleks bawah tanah yang digunakan Churchill dan anggota Kabinetnya dari tahun 1940 hingga 1945.
Artifak di dalam bilik itu masih dikekalkan sehingga ke hari ini termasuk peta besar dan kerusi berpusing Churchill.
Coober Pedy - Australia selatan
Pelancong berpeluang melangkah ke dunia ngeri hidupan bawah tanah yang memperlihatkan penduduk tempatan membina rumah dan menjalankan perniagaan di bawah batuan tanah liat berkapur di pedalaman Australia.
Bandar perlombongan Coober Pedy mempunyai gereja, muzium, galeri seni, restoran, bar malah hotel untuk pelancong yang mahu merasai pengalaman kehidupan bawah tanah.
Seramai 3,500 penduduk tinggal di dalam gua yang dikorek tetapi memiliki kemudahan sama seperti rumah di atas tanah termasuk almari pakaian, dandang api, dapur moden dan televisyen.
Bandar ini terkenal sebagai pembekal utama permata opal (baiduri) yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk.
Salt Cathedral - Cundinamarca, Colombia
Membina gereja berukuran 179.832 meter di bawah tanah mungkin tidak popular tetapi itulah yang berlaku di dalam lombong garam di Colombia.
Kini menjadi tarikan pelancong, lombong di Nemocon, Cundinamarca ini terletak kira-kira 93.342 kilometer dari ibu negara Colombia, Bogota dan berusia lebih 500 tahun.
Ukiran garam dan laluan sejauh 4.87 meter menghiasi gereja yang menerima lebih 3,000 pengunjung setiap Ahad.
Lombong garam Wieliczka - Poland
Lombong garam Wieliczka menjadi tarikan utama pelancong di Poland yang mempunyai ratusan terowong.
Sanatorium (tempat untuk rawatan perubatan dan pemulihan) terletak di bawah tanah dan sering dikunjungi penghidap asma kerana ia bebas daripada pencemaran udara dan alergen.
Selain sanatorium, lombong garam ini juga menempatkan gereja, dewan tarian, restoran dan pelbagai kedai yang semuanya diukir daripada batu garam pejal.
The Vaults - London
Mengintegrasikan sejarah menarik pusat bandar ini ke ruang acara yang lebih menarik, The Vaults berperanan sebagai tuan rumah kepada beberapa persembahan teater bukan konvensional, panggung wayang, golf dan acara malam.
Jauh di dalam terowong di bawah stesen Waterloo, panggung The Vaults mempunyai 176 kerusi dan terletak di ruang terbengkalai yang menyebabkan sebahagian besar lokasi itu kelihatan mengerikan.
Teater, galeri dan dapur terletak di bawah bandar raya yang sentiasa sibuk itu.
loading...

0 Response to "KEPALA MAYAT DI JADIKAN DINDING PERHIASAN..BILA DI ZOOM 2X RUPA-RUPANYA RUANG ATAS DI BUAT DARI KULIT-KULIT MANUSIA KETIKA PERANG BALKAN 26 TAHUN YG LALU"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close