(Gambar) Kejam! Kanak-Kanak Diikat Tangan Kaki Di Taska, Kes Di Bangi !

loading...
(Gambar) Kejam! Kanak-Kanak Diikat Tangan Kaki Di Taska, Kes Di Bangi !
KEJAM sungguh pihak pengurusan taska ini apabila sanggup mengikat tangan, kaki dan mulut kanak-kanak yang tidak berdosa.
Menerusi perkongsian Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah dalam akaun Facebooknya hari ini, dia memuatnaik gambar beberapa orang kanak-kanak yang diseksa tanpa berperikemanusian.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah taska di Seksyen 15 Bangi, Selangor dengan memaparkan gambar kanak-kanak yang bukan sahaja tangan dan kakinya diikat dengan kain putih tetapi juga mulut mereka ditutup.
Beberapa kanak-kanak itu kelihatan berbaring dalam keadaan yang tidak selesa dan mungkin juga dalam kesakitan.

Gambar dengan kapsyen “Assalam admin hide kan profil saya, admin tolong viralkan kes penderaan kanak-kanak di salah sebuah taska di Seksyen 15, Bangi.
“Harap ibu bapa berhati-hati dan memilih tempat yang selamat untuk jagaan anak-anak anda,” tulisnya.
Difahamkan, taska tersebut didakwa sering melakukan penyeksaan terhadap anak-anak.
Abdul Rani menerusi ruangan komen enggan mendedahkan nama taska tersebut dan akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian tersebut hari ini.
“Berkaitan dengan gambar kanak kanak yang diikat yang diviralkan itu akan disahkan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)Akta Kanak-Kanak 2001. 
loading...

0 Response to "(Gambar) Kejam! Kanak-Kanak Diikat Tangan Kaki Di Taska, Kes Di Bangi !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close