loading...
TAHUN PERTAMA HANYA SEBAGAI KERANI BIASA.NAK DIKATAKAN ISTERI AKU NIE PERGHH BOLEH TAHAN LERRR.. BILA SELEPAS DUA TAHUN DAPAT NAIK PANGKAT PEBANTU PENGURUS., PERASAAN DAH MULA LAIN SEJAK DUA MENJAK NIE AKU MULA CURIGA.,TAPI AKU BUAT MACAM NIE?
Isteri Berubah Setelah Naik Pangkat. Pilihan Yang Ada, Cerai...
Arif terpaksa menceraikan isterinya kerana tidak mahu dilabelkan sebagai lelaki dayus. Walaupun keputusan itu amat berat untuk dilakukan, namun sebagai lelaki dia tidak mahu di cop sedemikian sementelah tidak mahu lagi menanggung dosa isterinya yang nusyuz. Perkenalan Aris dan Liza bermula selepas masing-masing tamat pelajaran di universiti. Ketika itu masing-masing sibuk mencari pekerjaan yang sesuai. Setelah hampir tiga tahun bercinta, akhirnya mereka berkahwin dan seterusnya dikurniakan dua orang anak.
Kehidupan di bandar, memerlukan kedua-duanya bekerja mencari rezeki untuk menampung kehidupan yang agak tinggi. Oleh kerana masing-masing baru bekerja dalam lingkungan tiga hingga empat tahun, gaji mereka cukup-cukup sahaja. Boleh dikatakan tidaklah susah dan tidaklah senang sangat.
Kehidupan yang sederhana itu, membuatkan pasangan suami isteri ini melalui hari-hari yang bahagia bersama kedua orang anak mereka. Kalau ada kelapangan, masing-masing akan mengambil cuti dan melancong ke beberapa buah destinasi yang digemari. Arif bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta. Manakala Liza pula bekerja sebagai pekerja biasa juga di sebuah syarikat swasta.
Walaupun kedua-duanya mempunyai ijazah, namun Arif lebih bernasib baik kerana gajinya lebih tinggi daripada Liza. Sungguhpun begitu, Liza tidak putus asa. Dia boleh dikatakan seorang pekerja yang rajin dan berpotensi. Dia tidak mahu selama-lamanya bergaji rendah tidak sesuai dengan taraf pendidikannya.
Arif selalu memberi dorongan namun dalam pada itu, dia juga sering menasihati isterinya agar redha dengan setiap apa yang ada kerana yakin ada hikmah di sebaliknya. Lagi pun menurut Arif, gajinya sudah cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Namun, berbeza pula dengan Liza yang lebih bercita-cita besar.
Kerja keras Liza akhirnya berbaloi apabila dia dinaikkan pangkat seterusnya gaji. Kini gajinya lebih tinggi daripada Arif. Malah di pejabatnya, dia mempunyai kedudukan dan disediakan bilik khas serta kakitangan sendiri.
Mula Berubah
Setelah beberapa bulan naik pangkat, Liza mula berubah sedikit demi sedikit. pergaulannya di pejabat juga dihadkan demi menjaga statusnya. Dia tidak lagi berkawan atau keluar minum dengan budak-budak bawahan yang selama ini menjadi rakan karibnya.
Bukan sahaja di pejabat, di rumah juga Liza sudah mula berubah. Arif dipandang hanya sebelah mata. Cepat betul Liza lupa diri. Segala urusan rumah, dia kurang ambil tahu lagi. Malah, dia sentiasa pulang lewat dengan alasan ada mesyuarat dan berjumpa pelanggan. Sebagai suami, Arif mula menyedari perubahan yang berlaku ke atas isterinya. Pada mulanya dia hanya menganggap isterinya itu mengalami kejutan budaya. Mungkin perubahan itu berlaku sekejap sahaja dan kemudiannya akan kembali normal.
Namun setelah beberapa bulan, perangai Liza semakin menjadi-jadi. Arif tidak dapat mendiamkan diri dan mula menasihati Liza agar kembali seperti sediakala. Liza tidak puas hati apabila Arif mendakwa dirinya sudah berubah. Sejak itu, komunikasi antara mereka menjadi renggang.
Arif mula curiga tentang kesetiaan isterinya. Satu hari, sampai ke telinga Arif ada orang nampak isterinya berjalan berpimpin tangan dengan seorang lelaki di pusat membeli-belah. Arif cuba tidak mempercayainya namun setelah melihat tingkah laku Liza, Arif mula mengesyaki sesuatu. Dia sering melihat Liza selalu leka dengan telefon bimbit. Malah peralatan komunikasi itu tidak pernah lekang dari tangannya. Sekiranya ada panggilan, Liza cepat menjauhkan diri daripada Arif dan anak-anak. Kemudian bercakap begitu mesra dengan seseorang.
Arif dibuatnya seperti tunggul kayu. Satu hari, ada seorang wanita menghubungi Arif menyatakan bahawa suami dia ada skandal dengan isterinya. Bagi membuktikan tuduhan itu, wanita tersebut menghantar screen shot perbualan suaminya dengan isteri Arif. Alangkah terkejutnya Arif saat membaca perbualan tersebut. Sifat sabarnya telah hilang. Kelakiannya mula tercabar.
Tidak membuang masa, ketika Liza berada di rumah, ditunjukkan bukti-bukti tersebut. Arif mahukan kepastian sama ada benar atau tidak isterinya itu ada skandal dengan lelaki lain. Liza terkedu dan tidak mampu berkata apa-apa sebaik Arif menunjukkan bukti tersebut. Ego Liza mula memuncak. Dia langsung tidak takut dengan amarah Arif. Setelah didesak, akhirnya Liza membuat pengakuan. Katanya dia tidak boleh lagi bersama Arif dan cintanya sudah lenyap. Dia mahu hidup bebas.
Akhirnya tidak mahu dikatakan dayus dan menganggung dosa isterinya, Arif melepaskan talak kepada Liza. Malah, Arif berjaya mendapatkan hak penjagaan ke atas kedua-dua anaknya.
loading...
0 Response to "TAHUN PERTAMA HANYA SEBAGAI KERANI BIASA.NAK DIKATAKAN ISTERI AKU NIE PERGHH BOLEH TAHAN LERRR.. BILA SELEPAS DUA TAHUN DAPAT NAIK PANGKAT PEBANTU PENGURUS., PERASAAN DAH MULA LAIN SEJAK DUA MENJAK NIE AKU MULA CURIGA.,TAPI AKU BUAT MACAM NIE?"
Post a Comment