Kerana MISKIN Hospital Enggan Sedia Keranda Dan Ambulans. Lelaki Ini Usung Mayat Anak 15 KM !!!

loading...
Kerana MISKIN Hospital Enggan Sedia Keranda Dan Ambulans. Lelaki Ini Usung Mayat Anak 15 KM !!!

Kerana MISKIN Hospital Enggan Sedia Keranda Dan Ambulans. Lelaki Ini Usung Mayat Anak 15 KM !!! | Bhubaneswar, India: Seorang bapa terpaksa mendukung mayat anak perempuannya sejauh 15 kilometer untuk dibawa pulang ke kampung selepas dia tidak mampu membayar sewa ambulans.
Satu rakaman video yang tersebar di India kelmarin menunjukkan seorang lelaki, Gati Dhibar berjalan kaki sambil mendukung mayat anaknya di sebatang jalan di daerah Angul di negeri Odisha.
Akhbar India Today melaporkan, anak perempuan Dhibar, Sumi yang berusia lima tahun dimasukkan ke Pusat Kesihatan Komuniti Pallahara kerana demam panas.
Sehari selepas dirawat, doktor mengesahkan Sumi meninggal dunia.
Dhibar diminta membawa mayat anaknya pulang dan kerana lelaki itu tidak mampu, pihak hospital enggan menyediakan keranda dan juga ambulans.
loading...

0 Response to "Kerana MISKIN Hospital Enggan Sedia Keranda Dan Ambulans. Lelaki Ini Usung Mayat Anak 15 KM !!! "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close