loading...
SEGAMAT - Fizikal seorang remaja lelaki di Kampung Tebing Tinggi, di sini, tidak seperti remaja seusianya, sebaliknya kelihatan seperti kanak-kanak selepas mengalami gangguan saraf otak sejak dilahirkan.
Bapanya, Othman Amat, 38, berkata, anak sulungnya, Mohd Amirul, yang kini berusia 25 tahun, lemas dalam kandungan beberapa jam sebelum dilahirkan sehingga menjejaskan urat saraf di bahagian otaknya.
“Walaupun dia (Amirul) dilahirkan dalam keadaan cukup bulan, doktor mengesahkan anak saya tidak mampu membesar seperti kanak-kanak lain dan sehingga kini tingginya hanya 1.04 meter.
“Amirul juga kini hanya terlantar dan sering berulang alik ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk menjalani rawatan susulan selain tidak mampu bercakap dan memerlukan saya atau isteri untuk menguruskannya,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut bapa kepada lima anak itu, Amirul juga tidak mampu untuk menelan makanan pejal dan hanya makan bijirin yang dikisar halus selain terpaksa bergantung kepada susu formula khas bagi membekalkannya tenaga.
Katanya, berat Amirul juga turut menyusut sejak akhir-akhir ini daripada 30 kilogram kepada tujuh kilogram selain kulit pada belakang badannya mula mengelupas akibat terlalu lama terlantar dan kakinya juga turut mengerekot.
“Amirul juga kerap menangis dan tangisannya hanya reda ketika dia tidur. Sebagai bapa, saya dan isteri reda dengan ujian yang diberikan kepada kami.
“Wad di HDS juga seperti sudah menjadi rumah kedua kami. Boleh dikatakan setiap bulan Amirul akan dimasukkan ke hospital akibat demam dan mudah mengalami sembelit berpanjangan,” katanya.
Othman yang bekerja sebagai pengawal keselamatan juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli lampin pakai buang dan susu formula khas Amirul, selain menanggung empat anak lain yang masih bersekolah.
Bagaimanapun katanya, dia ada menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM600 sebulan manakala Amirul pula menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedikit sebanyak meringankan bebanannya.
“Rumah yang saya duduki sekarang juga dibina atas ihsan Baitulmal manakala isteri tidak bekerja bagi membolehkan dia menjaga Amirul. Adik-adiknya juga memahami penyakit abang mereka itu,” katanya.
loading...
0 Response to "SYUKUR ALAHAMDULILLAH..KITA YANG SIHAT INI MARILAH SAMA-SAMA PANJATKAN SEDIKIT DOA BUKAN MINTA WANG DAN HARTA SEDIKIT LAFAZ DARI KALIAN..MOGA DENGAN SEDIKIT DOA MUNGKIN ADIK INI DAPAT MERINGANKAN SAKITNYA,,BERBAHAGI-BAHAGILAH TIDAK RUGI UNTUK AKHIRAT NANTI"
Post a Comment