loading...
ARGHHH '' SIKIT LAGI DIK'' ''SIKIT LAGI KAK'' ITULAH KATA-KATA SEMANGAT DOKTOR BUAT PARA IBU YG NAK MELAHIRKAN ANAK..TAPI BUKAN NAK CAKAP KISAH IBU BERANAK TAPI MACAM PERNAH KENA JERR,,,NAK TAHU KISAH MENERAN PUN ADA CARANYA, BARULAH TAK KOYAK & TAK PERLU DI JAHIT
Meneran Pun Ada Caranya, Barulah Tak Koyak & Tak Perlu Dijahit
Macam mana nak hilangkan gemuruh dan apa petua untuk mudahkan bersalin? Kebanyakan hati ibu terus kecut dan berdebar apabila sudah ditolak masuk ke dewan bersalin. Persoalan demi persoalan terus bermain di minda bolehkah diri meneran dan bersalin dengan mudah tanpa sebarang alat bantuan serta menerima banyak jahitan.
Hanya pegangan tangan suami yang erat menguatkan semangat ibu untuk bertarung demi melahirkan zuriat yang selama ini ditunggu.
Tapi ingat, sebelum bersalin jangan tanya dan dengar cerita orang sebab rezeki dan pengalaman bersalin setiap orang tak sama. Eloklah baca rahsia nak bersalin dengan selamat ini...
1. Tenaga
• Para ibu disarankan berehat sebelum proses bersalin aktif untuk mengelakkan pembaziran tenaga.
• Berjalan-jalan di sekitar wad boleh dilakukan untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan tumpuan kepada perasaan sakit.
• Elakkan meneran terlalu awal iaitu sebelum bukaan serviks 10sm kerana ini boleh menyebabkan ibu berasa penat malah boleh memberi stres yang berlebihan kepada bayi dan juga koyakkan pada serviks.
• Ambil snek ringan sebelum masuk ke dewan bersalin. Contohnya roti, minuman berkhasiat dan buah-buahan seperti pisang.
2. Postur badan
Postur badan memainkan peranan penting pada peringkat kedua ini. Caranya ialah dengan...
• Berbaring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas.
• Kedua-dua kaki dilipatkan sedikit ke belakang.
• Bahagian belakang akan ditinggikan sedikit
• Cuba pegang tumit atau letakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan.
3. Ikut arahan
Dengar dan sentiasa peka kepada arahan yang diberikan oleh doktor dan jururawat yang bertugas. Teran apabila disuruh dan cuba bernafas seperti biasa apabila tiada kontraksi. Ini penting sebab kalau main teran, boleh koyak!
Petua Nak Bersalin Dengan Mudah, In Shaa Allah...
• Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
• Mata memandang ke arah perut.
• Tangan pegang pergelangan kaki.
• Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran.
• Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak menjadi melibatkan bahagian dubur (anus).
• Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
• Pastikan anda tidak menghembuskan nafas dengan kuat.
• Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh (selama 10 saat sekiranya boleh, kemudian curi nafas yang baru dan sambung teran sekiranya masih ada kontraksi).
• Rehat dan relaks ketika kontraksi tiada. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
• Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.
• Dengan arahan jururawat dan doktor.
• Elakkan menjerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.
loading...
0 Response to "ARGHHH '' SIKIT LAGI DIK'' ''SIKIT LAGI KAK'' ITULAH KATA-KATA SEMANGAT DOKTOR BUAT PARA IBU YG NAK MELAHIRKAN ANAK..TAPI BUKAN NAK CAKAP KISAH IBU BERANAK TAPI MACAM PERNAH KENA JERR,,,NAK TAHU KISAH MENERAN PUN ADA CARANYA, BARULAH TAK KOYAK & TAK PERLU DI JAHIT"
Post a Comment