(VIRAL) Tiba-tiba pitam, wajah melecur 100% akibat tersembam dalam minyak panas !!

loading...


KEMAMAN, TERENGGANU - Seorang pembantu kedai terpaksa menanggung derita apabila wajahnya melecur 100% selepas tersembam ke dalam minyak panas semasa sedang menggoreng kuih, lapor Sinar Harian

Dalam kejadian jam 8 pagi, 7 Januari lalu, mangsa, Che Hasnor Marlia Che Mat, 22, sedang bekerja di temapt kerjanya di Yellow Town, Chukai sebelum pitam secara tiba-tiba. 

Menurut abangnya, Che Affendi Che Mat, 29, berkata, insiden ngeri itu bukan sahaja menyebabkan wajah adiknya melecur, malah minyak panas tersebut turut masuk ke dalam mata dan telinganya turut melecur. 

"Kebetulan pada masa itu pemilik kedai berada di sebelah adik. Jadi dia segera menarik adik dari kuali panas sebelum sapukan susu pekat dan tepung gandum bagi mengelakkan kesan melecur lebih teruk. 

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 8.50 pagi, terus bergegas ke Hospital Kemamam," katanya. 

Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada hari yang sama. 

Dalam masa yang sama, Che Affendi kesal gambar adiknya yang melecur itu viral dalam media sosial. 

"Saya berharap ia tidak terus disebarkan. Kasihanilah adik saya yang sedang mengumpul kekuatan untuk menghadapi ujian berat ini," katanya. 
loading...

0 Response to "(VIRAL) Tiba-tiba pitam, wajah melecur 100% akibat tersembam dalam minyak panas !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close