Sunday, 15 January 2017

Sayu : Maafkan aku Ayu .. Ayu maut bersujud badan berlipat motosikal dibonceng rempuh treler (6Gambar)

Tags

Sayu : Maafkan aku Ayu .. Ayu maut bersujud badan berlipat motosikal dibonceng rempuh treler (6Gambar)

KUALA PILAH : Fazdly hanya mampu meraung kesedihan dalam kesakitan melihat rakan nya dijemput ajal keadaan menyayat hati seseolah bersujud apabila badannya berlipat dan kepala tertelungkup ke bawah setelah motosikal yang dinaikinya merempuh sebuah treler simen di Kilometer 10 Jalan Dangi – Bahau berhadapan kilang NS Cement, Jelai, petang semalam.
Mangsa yang juga pembonceng, Ida Rahayu Amran, 22, maut di lokasi kemalangan dalam kejadian jam 4.15 petang itu.
Bagaimanapun, rakannya Muhammad Zulfazdly Burhan, 22, yang menunggang motosikal jenis SYM cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk menerima rawatan.




Menurut saksi enggan dikenali, penunggang motosikal yang menghala ke Bahau tidak sempat mengelak sebuah treler simen dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun yang membelok ke kanan dari arah Bahau untuk masuk ke kilang NS Cement.
Difahamkan, pemandu lori memaklumkan, dia hanya menyedari kemalangan itu setelah melihat dua orang mangsa terbaring di atas jalan raya melalui cermin sisi sebelah kiri treler yang dipandunya.
Sementara itu, sumber polis mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kedua-dua mangsa dibawa ke HTAN untuk tindakan lanjut. seomga fazdly cepat sembuh.Al fatihah buat arwah Ayu.


EmoticonEmoticon