loading...
Bagi mereka yang masih berseronok menggunakan rokok elektronik atau vape, berita terbaru ini wajar dijadikan ikhtibar dan kalau boleh berhenti dari mengguna alat yang agak bahaya itu.
Memetik laporan Daily Mail, seorang lelaki berasal dari Idaho kehilangan tujuh batang giginya dan mengalami kebakaran tahap kedua di bahagian pipi selepas rokok elektronik atau vape meletup di mukanya.
Pada waktu kejadian, Andrew Hall yang berusia 30 tahun itu sedang bersiap sedia di rumah untuk ke tempat kerjanya di Pocatello dan kemudian peranti itu meletup secara tiba-tiba.
Ia berkecai menjadi kepingan dalam mulutnya, mengetuk keluar gigi dan membakar muka dan leher serta meninggalkan kesan-kesan asap pada dinding bilik mandi, tempat di mana dia berada pada masa itu.
Dia yang juga seorang jurujual kereta itu berkongsi gambar-gambar kecederaan dari unit rawatan rapi sebuah hospital untuk memberi amaran kepada perokok lain mengenai betapa bahayanya rokok elektronik ini.
“Saya telah kehilangan sekurang-kurangnya 7 gigi, kebakaran tahap kedua di muka dan leher dan telah menarik ketulan plastik, gigi dan objek asing dari mulut, tekak dan bibir,” katanya kepada rakan-rakan di laman Facebook.
Hall, yang mempunyai tiga orang anak itu berkongsi beberapa gambar mengenai kecederaan dan kerosakan selepas dituduh membuat cerita. - CARI
Your browser does not support HTML5 video.
loading...
0 Response to "GILERRR HISAP VAPE SEHINGGA MELETOP DI DALAM MULUT..LELAKI INI HILANG 7 BATANG GIGI..LELAKI INI BERSYUKUR KERANA TIDAK HILANG NYAWA"
Post a Comment