Wednesday, 11 January 2017

INNALILLAH ALFATIHAH KETUA MENTERI SARAWAK DATUK ADNAN SATEM TELAH PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA..

Tags

Dukacita dimaklumkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk PatinggiAdnan Satem telah kembali ke rahmatullah.

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, meninggal dunia hari ini.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, kira-kira pukul 1.24 tengah hari tadi.
Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian mengesahkan kematian Adenan kepada Sin Chew Daily dan berkata beliau akan mendapatkan lebih banyak butiran mengenainya daripada pejabat ketua menteri.
Allahyarham yang berusia 72 tahun merupakan ketua menteri kelima Sarawak selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 18 Februari 2014.
Adenan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak ke-5 pada 7 Mei lalu, sejurus mengetuai Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 dengan kemenangan dua pertiga atau 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.
Adenan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu dengan majoriti 5,892 undi menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan yang sekadar meraih 648 undi.
Adenan meninggalkan seorang balu, Puan Sri Datuk Jamilah Anu dan lima orang anak iaitu Siti Rafidah, Abdul Aziz, Hayati Kamidah, Aziza Jasmin dan Azizul Anuar.
Pengumuman rasmi dijadualkan akan dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada pukul 3.30 petang nanti.


EmoticonEmoticon