loading...
Produk kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan buat hal lagi?
Sebelum ini satu senarai lengkap produk kosmetik yang disenarai hitam oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana memiliki bahan kimia berbahaya.
Yang menyedihkan dan membimbangkan, senarai lambakan produk tersebut semuanya adalah produk tempatan yang amat sinonim dengan masyarakat.
Bahan terlarang dan berbahaya seperti merkuri dan hydroquinon digunakan secara sewenang-wenangnya dan boleh menyebabkan kemudaratan kepada pengguna.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang netizen ini menerusi laman Instagram miliknya, dia menunjukkan keadaan kulit wajahnya yang berubah menjadi teruk selepas berhenti menggunakan satu produk penjagaan kulit.
Walau bagaimanapun dia merahsiakan produk tersebut daripada umum, cuma menyebut ia memang produk tempatan.
Ramai yang memberikan tips dan sokongan kepada gadis ini dalam usaha merawat kembali kulit wajahnya.
Dalam masa yang sama, ia menimbulkan keresahan di kalangan ramai pengguna produk tempatan yang lain.
Mengapa yang sering terjadi adalah produk penjagaan kulit tempatan? Adakah semua pengusaha ini hanya pentingkan keuntungan tanpa memikirkan kualiti produk?
Bagaimana pula dengan uji kaji keberkesanan atau kesan sampingan setiap produk ini? - CARI
loading...
0 Response to "Lagi Kes Produk Kosmetik Tempatan Rosakkan Kulit Pengguna"
Post a Comment